Snapchat Siap Boleh Main Game – Subway Surfers Airtime Kini Dilancarkan

Selain ‘snap’ gambar, Snapchat sekarang sudah boleh bermain game!

Subway Surfers Airtime adalah sebuah game perlumbaan online berbentuk side-scroller berdasarkan siri game mobile lari tanpa henti (endless runner) popular, Subway Surfers yang dicipta khas untuk Snap Games.

Game ini membolehkan 10 orang pemain melompat dan meluncur sambil mengelak halangan sehingga ke garisan penamat. Dibangunkan oleh SYBO Games, pemain boleh berlumba dalam mod ‘quick play’ atau bersaing dalam pilihan ‘challenge friends’. Korang boleh mengutip syiling dengan melakukan aksi-aksi ekstrem dan menggunakan syiling untuk membeli 14 karakter dalam bentuk patung kecil.

Pada April lalu, Snap Inc melancarkan Snap Games iaitu servis eksklusif permainan bagi aplikasi sosial ini. Subway Surfers Airtime sertai senarai game Snap Games lain seperti Bitmoji Party, C.A.T.S. Drift Race dan Alphabear Hustle iaitu salah game yang diolah daripada siri game mobile teka silang kata, Alphabear.

Untuk akses Snap Games, korang buka Chat atau Group Chat bersama rakan-rakan dan tekan ikon gambar Rocket di bahagian Chat Bar. Subway Surfers Airtime kini boleh dimainkan sekarang di Snapchat.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+