Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini menyalahkan permainan video ketika rusuhan berlaku di ibu kota negara itu."> Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini menyalahkan permainan video ketika rusuhan berlaku di ibu kota negara itu." /> Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini menyalahkan permainan video ketika rusuhan berlaku di ibu kota negara itu." />

Presiden Perancis salahkan permainan video kerana rusuhan di Paris

Presiden Perancis, Emmanuel Macron baru-baru ini menyalahkan permainan video ketika rusuhan berlaku di ibu kota negara itu.

Insiden rusuhan itu bermula selepas seorang remaja beragama Islam ditembak mati oleh pegawai polis Paris.

Menurut beberapa laporan, remaja itu ditembak oleh polis selepas dia dikatakan mahu melepaskan diri selepas polis menghentikan kereta itu kerana dia membawa laju di laluan bas.

Salah seorang anggota polis melepaskan tembakan kepada remaja itu yang meninggal dunia satu jam kemudian di lokasi kejadian.

Video kejadian itu mengundang kemarahan pelbagai pihak di seluruh Perancis serta mencetuskan rusuhan terutama sekali di Paris.

Disebalik rusuhan ini, Macron dikatakan menyalahkan permainan video kerana satu pertiga perusuh yang ditahan di usia yang muda.

Menurut In Context, Macron turut menyalahkan media sosial seperti Snapchat dan TikTok kerana ia menjadi tempat perusuh berkumpul dan mengutuk rusuhan itu.

“Mereka berkelakuan sebegini kerana permainan video meracun minda mereka,” ujar Macron.

Ramai pihak mengutuk kenyataan Macron dan menganggap bahawa Macron cuba untuk meremehkan tragedi ini dan tidak mengambil kira impak kepada emosi selepas kematian remaja itu.

Ia bercanggah dengan kenyataan Macron yang menyokong permianan video dan turut mengumumkan bahawa Perancis akan menjadi hos untuk dua acara e-sukan yang besar iaitu Counter-Strike: Global Offensive yang akan berlangsung pada tahun ini dan TrackMania pada tahun depan.

Rusuhan di Paris bermula sejak 27 Jun dan hanya satu kematian dicatatkan sepanjang rusuhan berlaku.

RELATED NEWS

+