Sokongan kad kredit dan PayPal di PlayStation Store bagi PS3 dan Vita dihentikan

Awal tahun ini, pihak Sony membuat keputusan untuk menghentikan khidmat PlayStation Store untuk PS3 dan Vita. Mereka kemudiannya menarik balik keputusan itu, namun akan menjadikan pembelian permainan baru di kedai semakin susah.

Pihak Kotaku baru-baru ini menemui satu notis di laman sokongan PlayStation menyatakan PlayStation Store untuk PS3 dan Vita tidak lagi menyokong pembayaran melalui kad kredit atau PayPal. 

Tindakan ini tidak akan menghalang akses sepenuhnya, di mana anda masih boleh mengakses dompet atas talian menggunakan PC, tetapi ianya akan menjadi kurang menyenangkan. 

Berikutan keputusan ini, bagi mereka yang masih mahu membeli permainan PS3 dan Vita melalui PlayStation Store, anda memerlukan sama ada kad hadiah atau menggunakan sistem dompet melalui laman Sony. Anda juga boleh menggunakan dana daripada PS4 atau PS5.

Selain sukar untuk membayar, pihak Sony juga menjadikan proses akses  masuk lebih leceh bagi pengguna Vita. Jika anda mempunyai pengesahan dua faktor, anda perlu melalui lagu dan tarian yang berasingan hanya untuk mendaftar masuk. 

Jikalau anda berjaya untuk masuk menggunakan, anda akan mendapat akses banyak permainan PS1, PSP dan PS2 yang tersedia, yang sukar untuk dijumpai di tempat lain.

Artikel diterjemah dan disunting daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+