Intel memperkukuh kilangnya di Malaysia untuk menambah penghasilan produknya."> Intel memperkukuh kilangnya di Malaysia untuk menambah penghasilan produknya." /> Intel memperkukuh kilangnya di Malaysia untuk menambah penghasilan produknya." />

Sony meningkatkan pengeluaran PlayStation 4 demi mengatasi kekurangan PlayStation 5

Ketandusan barangan elektronik tahun ini bukan sesuatu yang baharu. Malah, isu ini sudah hampir setahun berlarut dan industri-industri sudah melakukan pelbagai langkah untuk mengatasi isu ini. Sebagai contoh, Intel memperkukuh kilangnya di Malaysia untuk menambah penghasilan produknya.

Tetapi Sony mengambil langkah yang sedikit pelik. Demi menangani masalah kekurangan stok PlayStation 5, syarikat itu memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran konsol generasi lepas, PlayStation 4. 

Walaupun Sony mengumumkan untuk menamatkan penghasilan PlayStation 4 pada hujung tahun 2021, ketandusan yang kritikal ini menyebabkan Sony terpaksa menukar rancangan asal mereka. Langkah ini akan menambah kira-kira sejuta unit PS4 tahun ini untuk membantu mengimbangi tekanan ke atas pengeluaran PS5.

Hal ini menimbulkan beberapa isu yang agak penting. Adakah konsol ini masih ada permintaan di pasaran? Persoalan ini muncul kerana terdapat pelbagai permainan yang akan hadir yang mungkin tidak akan tiba di konsol PS4 seperti God of War Ragnarok atau Horizon Forbidden West. 

Tambahan pula, ia meragukan apabila pemain perlu membeli konsol dua kali dengan PS4 dan PS5 apabila konsol generasi hadapan itu akhirnya mempunyai stok.

Tetapi menurut laporan oleh seorang jurucakap Sony, sistem PlayStation 4 adalah sebuah sistem yang terlaris di pasaran dan pasti akan ada permintaan.

Adakah langkah ini akan mengurangkan tekanan Sony untuk memenuhi permintaan PlayStation 5? Kita akan lihat pada beberapa bulan yang akan datang.

Sumber rujukan: Bloomberg

RELATED NEWS

+