PlayStation di UK bakal disaman sebanyak RM26.39 bilion

Jutaan pelanggan Sony PlayStation di United Kingdom kini dalam proses untuk mendapatkan kembali £5 bilion (RM26.39 bilion) disebabkan penjualan game PlayStation yang mahal.

Kesemua tuntutan ini dikumpul dibawah Keputusan Tribunal Rayuan kerana menjual permainan video dengan harga terlalu mahal terutama untuk permainan digital dan belian dalam permainan.

Menurut tuntunan ini, pembangun dikenakan caj ekstra 30% untuk memasarkan permainan mereka secara digital dan ini membuatkan harga digital adalah lebih tinggi dari salinan fizikal.

Akta Persaingan digunakan untuk tuntutan ini.

Diterajui oleh Alex Neill hak asasi, tuntutan ini menuduh Sony menyalahgunakan pasaran sebagai posisi dominan untuk memberi terma dan syarat yang tidak adil kepada pembina dan pengeluar permainan video.

“Semuannya terletak di atas Sony Playstation,” ujar Neill.

Hampir 9 juta pelanggan di UK layak untuk menerima termasuk sesiapa yang memohon membeli permainan video digital dan add-on untuk konsol mereka melalui PlayStation Store sehingga 19 Ogos 2016.

Dianggarkan setiap tuntutan akan mendapat nilai diantara £67 (RM353) dan £562 (RM2,966).

Rujukan: TheStar

RELATED NEWS

+