Soloz akan berlumba di Toyota GR Velocity Esports Championship

Streamer terkenal dan bekas pemain profesional MLBB Faris “Soloz” Zakaria akan beraksi di Grand Finals kejohanan Toyota Gazoo Racing (GR) Velocity Esports Championship 2020.

Kejohanan Velocity Esports ini akan diadakan secara dalam talian dari 3 September hingga 27 September tahun ini. Jika anda rasa anda cukup handal bermain Gran Turismo Sport, anda boleh mendaftarkan diri secara percuma di www.velocity.toyota.com.my.

Kejohanan Velocity Esports ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan Toyota Gazoo Racing (TGR). Aktiviti lain termasuklah Toyota Gazoo Racing Festival yang diadakan di serata Malaysia, di mana ia turut memaparkan aksi perlumbaan Vios Challenge yang dipertandingkan di litar jalanan.

Bagi anda yang tidak mempunyai kelengkapan untuk menyertai kejohanan ini seperti konsol PlayStation 4 (PS4), anda boleh pergi ke Cove Hub di Bandar Sunway. Untuk mendaftar dan menggunakan mesin simulasi perlumbaan secara percuma, anda boleh menghubungi +0178087017.

Pelumba di peringkat kelayakan akan berlumba menggunakan jentera Supra RZ ’20. Untuk pengetahuan anda, kenderaan GR Supra yang cukup mengancam telah pun mula dijual di Malaysia sejak tahun 2019 lagi.

(Kiri) GR Supra RZ ’20 di dalam permainan Gran Turismo Sport berbanding model sebenar (kanan) yang dijual oleh pihak UMW Toyota Motor.

Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah RM70,000 dan juara akan menjadi wakil Malaysia untuk bertanding di GT Supra Cup Asia Pacific Regional Qualifier yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.

20 pemain terbaik akan melayakkan diri ke peringkat Semi-Final dan Grand Final yang akan berlangsung dari 26 September hingga 27 September di UMW Toyota HQ, Shah Alam.

Selain daripada Soloz, ahli keluarga Bosskurr lain seperti Sofian “Penjahat” Sultan juga akan hadir untuk beraksi di peringkat Grand Finals kejohanan ini.

Soloz dan Penjahat akan berlumba bersama selebriti-selebriti terkenal Janna Nick, Diana Danielle, Shawn Lee, Wany Hasrita, dan Khai Bahar pada 27 September secara atas talian.

Anda boleh tonton ahli-ahli Bosskurr bersiaran langsung di laman Facebook masing-masing (Soloz, Daddyhood, & Penjahat). Anda juga boleh memenangi hadiah-hadiah menarik seperti PS4, set tayar Toyo Tires, Airpod Pro, Apple Watch dan macam-macam lagi dengan menonton livestream di laman Facebook Toyota Racing Malaysia pada 26 & 27 September.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ini, anda boleh melayari laman web rasminya di https://velocity.toyota.com.my/. Slot penyertaan adalah terhad, jika anda berminat pastikan mendaftar dengan segera sebelum 30 Ogos.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+