Ebit Lew terharu jumpa Soloz, Daddy Hood

Pendakwah popular, Ebit Lew semalam memuat naik satu hantaran di Facebook berjumpa dengan Soloz dan Daddy Hood.

Beliau juga memuji Soloz dan Daddy Hood kerana menjadi idola anak-anak dan negara dan dikenali ramai dalam dunia gaming di Malaysia.

Semangat yang ditunjukkan Soloz dan Daddy Hood juga baik untuk membangunkan anak muda dan berkongsi kebaikan bersama.

“Baik dan beradab orangnya.” ujar Ebit Lew.

Akhir kata Ebit Lew juga mengucapkan agar usaha sama antara mereka akan membawa asbab kebaikan dan hidayah.

Sebelum ini, beberapa ahli Team Bosskurr dilaporkan menyertai usaha dakwah dan projek khidmat masyarakat yang dijalankan oleh Ebit Lew.

Foto: Ebit Lew

RELATED NEWS

+