Soloz, ChuChu Dan Master Ramen Pun Buat Cabaran Bergambar 515EParty, Jom Join Sekali!

Penghibur penstriman langsung tempatan, Soloz, Chu Chu dan juga Master Ramen turut sama memeriahkan Cabaran Bergambar 515EParty yang sedang berlangsung bermula dua hari lepas hingga 27 April ini!

Acara komuniti sempena ulangtahun Mobile Legends itu dianjurkan Moonton bagi menggalakkan lebih ramai pemain mengambil bahagian dan menjadi kreatif sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Contoh gambar:

Foto: Facebook Soloz

Foto: Facebook MasterRamen

Foto: Facebook Chuchu Gaming

Tak tahu macam mana nak hantar penyertaan yang betul? Ikuti langkah-langkah di bawah:
1) Cipta satu kolaj gambar anda sebelum dan ketika 515EParty.
2) Muat naik gambar anda di Facebook atau Instagram (Pastikan profil anda ditetapkan sebagai “Public”)
3) Sertakan hashtag #515PhotoContest #515eParty di posting anda
4) Tag 2 rakan anda untuk turut serta menyahut cabaran ini.

Ini pula hadiah untuk para pemenang kelak:
Hadiah Utama – 1 x Lesley: Stellaris Ghost (Skin Edisi Terhad)
Hadiah Kedua – 1 x Harith: Inspirer (Bernilai 1,089 Diamonds )
Hadiah Ketiga – 5 x Esmeralda: Ruddy Dusk
5 Teratas Paling Lucu – 5 x Guinevere: Fleur de Bleau
5 Teratas Paling Kreatif – 5 x Guison: Moonlight Sonata

RELATED NEWS

+