EA Play di E3 2019."> EA Play di E3 2019." /> EA Play di E3 2019." />

Star Wars Jedi: Fallen Order – Video Gameplay Baru Bakal Didedahkan Semasa E3

Respawn Entertainment sah akan tunjuk cara permainan untuk Star Wars Jedi: Fallen Order buat kali pertama semasa pertunjukkan EA Play di E3 2019.

Perkara ini disahkan oleh CEO Respawn, Vince Zampella sempena sambutan hari Star Wars berlangsung semalam. “Tahun ini agak istimewa untuk Respawn kerana pasukan kami bekerja keras untuk menyiapkan Star Wars Jedi: Fallen Order tiba pada bulan November.

“Saya suka dengan reaksi orang ramai kepada trailer pertama. Saya tidak sabar untuk tunjukkan gameplay pada E3/EA Play pada bulan Jun!”, melalui laman Twitter peribadinya.

Sebelum ini, studio yang membangunkan Apex Legends dan siri Titanfall telah mendedahkan trailer pertama Star Wars: Jedi Fallen Order yang fokus kepada single-player pada bulan lepas. Saksikan trailer penuh misteri di bawah:

Star Wars Jedi: Fallen Order akan mengikuti jalan cerita Cal Kestis, seorang padawan yang terselamat dari pembunuhan Jedi secara besar-besaran selepas arahan Order 66.

Game Star Wars terbaru ini akan mengambil masa latar selepas kejadian filem Star Wars III: Revenge of The Sith. Menurut laporan PC Gamer, Star Wars Jedi: Fallen Order dikatakan mempunyai campuran eksplorasi, penyelesaian teka-teki dan pertempuran pedang lightsaber serta kuasa Force untuk jarak jauh yang epik.

Star Wars Jedi: Fallen Order bakal dilancarkan pada 15 November 2019 di PC, PS4 dan Xbox One.

 

RELATED NEWS

+