Pemain Apex Legends ini memang bertuah betul, dapat kotak penuh Heirloom Shards

Pemain Apex Legends pasti mengetahui bahawa Heirloom dan Heirloom Shards adalah item yang paling jarang sekali dalam permainan lantas menjadikannya sesuatu yang paling dikehendaki oleh pemain seluruh dunia.

Malah, pernah terdapat sekumpulan pemain yang membuka 6,400 Apex Packs demi mendapatkan statistik Heirloom Shards untuk kajian.

Seorang pemain Call of Duty (CoD) dan pencipta kandungan, matcrackz, baru-baru ini mencuba Apex Legends, salah satu pesaing utama CoD.

Selepas bermain Apex Legends, dia segera membuka salah satu Apex Pack, tidak tahu apa yang diharapkan dirinya sebagai pemain baharu. Namun, matcrackz mendapat Apex Pack pertama yang sangat menakjubkan, yang mengandungi semua Heirloom Shards.

@matcrackz what is a heirloom shard 😐 #warzone #warzoneclips #warzonebestclips #cod #codclips #callofduty #callofdutywarzone #apexlegends #apex #matcrackz ♬ original sound – matcrackz

Sesetengah pemain yang bermain sejak permainan dilancarkan pun tidak pernah mendapat Heirloom atau Heirloom Shards dan ini menunjukkan bahawa penstrim itu betul-betul bertuah.

Malah, dia bukan sekadar pernah menerima Heirloom Shards pada Apex Pack pertamanya, dia juga mendapat sekoleksi Heirloom Shards setelah membuka satu lagi Apex Pack.

@matcrackz back to back heirloom shards 😐😔 #warzone #warzoneclips #warzonebestclips #cod #codclips #callofduty #apex #apexlegends #matcrackz ♬ original sound – matcrackz

Walaupun ini tidak berlaku secara berurutan, nasib yang dia perolehi dalam video ini pasti akan membuatkan pemain Apex Legends yang lama bermain pasti cemburu.

Dengan kehadiran Musim 12, inilah baik untuk pemain melompat kembali ke Apex Legends dan melihat sama ada nasib mereka boleh menjadi seperti matcrackz.

Sumber rujukan: TikTok

RELATED NEWS

+