Watak Apex Legends seterusnya mungkin menggunakan Kraber sebagai keupayaannya

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Apex Legends adalah genre permainan battle royale yang unik di mana setiap watak mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu menjadikan permainan lebih menarik dan pantas. Watak terbaru yang menyertai barisan Apex Legends adalah Mad Maggie, dan kini sudah tertiris maklumat tentang watak yang bakal dilancarkan di Apex Legends.

Maklumat tentang watak itu muncul di Reddit yang mendakwa bahawa Blisk akan menjadi legenda seterusnya yang akan ditambah, diikuti oleh ‘Hawk.’

Menurut tangkapan layar yang kabur itu, ini sedikit maklumat tentang keupayaan Hawk.

Sniper Kit

Zum penglihatan meter harus membantu pemain menggunakan senapang penembak tepat dan mendapatkan bacaan yang tepat tentang jarak musuh.

Companion Launch

Taktikal mungkin burung yang watak itu akan dapat mengawal, dan burung ini mungkin boleh menjadi pergerakan teleport atau pergerakan pantas.

Blue Kraber

Keupayaan Ultimate akan memberikan pemain Kraber tetapi ia mungkin berbeza dari Kraber yang boleh diperoleh dari Care Package.

Beberapa peniris yang boleh dipercayai juga menyokong maklumat itu dan berkata bahawa peniris yang mendedahkan ‘Hawk’ juga pernah mendedahkan pelancaran Mad Maggie dengan tepat dua bulan sebelum pelancarannya. Namun, tangkapan layar yang agak kabur itu mendatangkan kesangsian terhadap maklumat itu.

Tambahan pula, tangkapan layar ini diambil dari tempoh ujian dan Respawn Entertainment juga sering membuat perubahan sehingga tamat tempoh ujian mereka.

Oleh itu, selagi Respawn belum mengumumkan watak ini, selagi tu kita hanya boleh menantikan kemunculan watak ini di Apex Legends.

Sumber rujukan: GameOrt

RELATED NEWS

+