Statistik pasukan Blacklist International selaku juara Kejohanan Dunia M3

Pasukan Blacklist International membuktikan bahawa perjuangan mereka selama ini membuahkan hasil yang lumayan.

Mereka berjaya muncul juara di Kejohanan Dunia M3 selepas bermain dengan begitu berdisiplin di peringkat lower bracket.

Berikut adalah statistik tentang bagaimana pasukan itu mendapatkan momentum untuk menjadi juara M3.  Mereka mempunyai purata KDA (Kill Death Assist) ratio sebanyak 32.5. Satu pencapaian yang harus dipuji di dalam arena kompetitif.

Mathilda yang digunakan oleh OhMyV33nus diambil sebanyak 11 kali, Paquito yang digunakan Edward sebanyak 9 kali manakala Pharsa dipilih untuk Hadji sebanyak 7 kali.

Tidak lupa juga dengan Beatrix yang diambil sebanyak 8 kali berjaya menjadikan Oheb sebagai MVP di dalam Kejohanan Dunia itu. 

Oheb diberikan gelaran sebagai sniper di dalam pasukan itu selepas mempamerkan aksi bermain Beatrix dengan begitu baik sekali.

Sumber: MPL MY

RELATED NEWS

+