Steam Game Festival telah bermula, cuba lebih daripada 500 demo percuma

Steam Game Festival February 2021 Edition telah bermula. Acara ini memberikan anda peluang untuk mencuba lebih daripada 500 demo percuma untuk pelbagai permainan baharu di platform Steam.

Selain itu, Steam juga menganjurkan sesi siaran langsung untuk para pembangun mempertunjukkan permainan mereka. Anda boleh menetapkan peringatan untuk siaran langsung yang ingin ditonton. Jadual penuh sesi siaran langsung sepanjang acara ini boleh dirujuk di laman web Steam.

Tujuan utama Steam Game Festival adalah untuk memberi peluang kepada para pembangun mendapatkan maklum balas daripada para pemain pada tahap awal. Ia juga memberi peluang kepada pembangun untuk membina kumpulan peminat untuk permainan mereka.

Steam Game Festival February 2021 Edition akan berakhir pada 9 Februari ini. Jualan besar Steam Lunar New Year Sale tahun ini dianggarkan akan bermula beberapa hari selepas Steam Game Festival tamat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+