Stok GPU dijangka akan pulih selepas China melaksanakan undang-undang baru

Para gamers pasti mengetahui betapa sukarnya untuk mendapatkan GPU pada harga yang berpatutan pada waktu ini. Hal demikian kerana stok GPU yang merosot akibat pandemik ini, serta penjual semula yang meletakkan harga yang tidak masuk akal.

Isu ketandusan stok ini bertambah teruk apabila pelombong wang kripto memborong GPU untuk melombong kripto. Walaupun Nvidia memperkenalkan model GPU LHR (low/lite hashrate) agar dapat membendung gejala melombong ini, namun isu ini masih berkekalan sehingga hari ini.

Walaubagaimanapun, perkembangan baru-baru ini dalam tindakan pencegahan kripto oleh kerajaan China yang berterusan dapat membawa kelegaan kepada pasaran GPU yang sangat melambung tinggi.

Financial Times melaporkan bahawa agensi kerajaan China dan The People’s Bank of China kini mengharamkan segala pertukaran wang kripto.

Sebelumnya, China hanya melarang kegiatan domestik, yang menyebabkan pedagang pindah ke platform asing dan juga mengakibatkan pasar GPU terpakai China dibanjiri dengan GPU RTX 30-Series yang disenaraikan lebih rendah dari harga pasaran. Perubahan perundangan ini dilihat sebagai cara untuk menutup eksploit ini.

Imej ini menunjukkan seorang pelombong wang kripto menjual GPU nya pada harga lebih rendah dari pasaran akibat menanggung kerugian.

Buat masa ini, tidak ada cara untuk mengetahui dengan pasti apa kesan sampingan dari undang-undang ini, tetapi, jika ia mempunyai kesan yang serupa dengan larangan domestik yang diserlahkan sebelumnya, kita dapat melihat lebih banyak GPU dari ladang perlombongan membanjiri pasaran terpakai.

Ini semestinya akan menurunkan harga kerana ketepuan pasaran. Namun, perlu diingatkan, anda harus berhati-hati dengan keadaan GPU itu kerana penggunaan perlombongan yang sungguh intensif.

RELATED NEWS

+