Soulja Boy mengatakan dia memiliki Atari, namun dibidas Atari secepat mungkin

Rapper Soulja Boy sebelum ini pernah dibidas sebelum ini dengan konsol bootleg yang sudah menjadi kritikan oleh ramai pihak.

Baru-baru ini Soulja Boy pula mengatakan dia kini memiliki Atari.

Atari adalah salah satu syarikat yang paling lama berkecimpung di dalam industri permainan video.

Atari apabila mendapat tahu hal ini terus membidas dengan satu ciapan di Twitter.

“Kami tahu menjadi CEO Atari bagaikan mimpi, namun CEO Atari masih Wade Rosen,” di ciapan Atari.

Soulja Boy yang pernah cuba menceburi industri permainan video masih belum sedar dan mengatakan dia telah mendapat wang sebanyak AS$140 juta iaitu bersamaan RM560 juta dari Atari.

Selepas mendapat tahu mengenai tweet Atari, Soulja Boy bertindak membuat video memberi tahu dia sudah mendapat kontrak dari Atari sendiri dan menunjuk kontrak itu.

Dengan kata-kata kesat Soulja Boy mengatakan Atari tidak mengikut kontraknya.

Namun apabila dibaca kontrak tersebut Soulja Boy sebenarnya sudah dberi tawaran untuk Atari Tokens yang juga salah satu kriptowang bukannya wang saham dari Atari.

Adakah Soulja Boy akan sedar dengan hal ini?

RELATED NEWS

+