Shin Megami Tensei V: Vengeance – Fungsi permainan baharu diperkenalkan

SEGA baru sahaja mengumumkan fungsi permainan baharu yang akan muncul dalam Shin Megami Tensei V: Vengeance yang akan keluar 21 Jun ini untuk pelantar Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series X|S, Xbox One, Steam dan Windows.

Permainan Shin Megami Tensei V: Vengeance

Turn Combat

 

Seperti biasa, Shin Megami Tensei akan mengekalkan sistem Press Turn Combat dengan skill dan elemen baharu.

Apabila anda menyerang musuh, Ikon Press Turn akan muncul untuk membantu.

Dengan mengumpul turn icon sehingga 8 untuk membantu kuasai musuh.

Setiap demon juga mempunyai skill tersendiri.

 

Skill Magatsuhi

Anda kini mempunyai Magatsuhi Gauge sepanjang berlawan.

Apabila gauge ini penuh anda boleh menggunakan ability istimewa Magatsuhi Skill untuk mengenakan damage yang tinggi, healing atau buffing.

 

Terdapat lebih 50 skill Magatsuhi Skills untuk digunakan dan beberapa ability adalah terhad untuk beberapa jenis demons sahaja.

Innate Skills

Setiap demon kini mempunyai innate skills iaitu skill pasif yang membantu ketika berlawan.

Ada yang boleh menaikkan attack, menguatkan beberapa demon dan ada yang membantu anda dalam berunding dengan demon yang lain.

Blessed Melody: Menaikkan damage apabila menyerang musuh yang lemah elemen Light.

Four Heavenly Kings: Meninggkatkan stats apabila demon ada skill Four Heavenly Kings

Demonic Mediation: Baiki semula perhubungan dengan demon yang moodnya tidak baik.

Demon Conversations:

Anda kini boleh bercakap dengan demon musuh untuk menjadikan demon itu ahli pasukan anda.

Setiap demon mempunyai keunikan masing-masing dan memerlukan pertuturan yang berbeza.

Guest Characters

Dalam penceritaan akan terdapat satu masa karakter manusia akan membantu anda berlawan.

Mereka akan berlawan sama seperti demon anda.

Consecutive Encounters

Apabila mengalahkan musuh, demon yang lain berkemungkinan akan muncul.

Perlawanan ini akan menjadi lebih sukar tetapi jika anda menang anda akan mendapat Macca dan EXP lebih dan juga item drop tambahan.

Shin Megami Tensei V sudah terjual sebanyak 1 juta dan disukai ramai.

Permainan video ini akan membawa pengalaman RPG sepenuhnya dengan tambahan fungsi-fungsi baharu.

RELATED NEWS

+