Streamer popular Valkyrae melancarkan kerusi gaming sendiri

Streamer Youtube Rachell “Valkyrae” Hofstetter baru-baru ini melancarkan kerusi gaming terbarunya Raevix.

Sebagai pemilik bersama 100 Thieves  dan streamer besar Youtube Valkyrae mengeluarkan kerusi gaming yang bertemakan dirinya dari Mavix.

Kerusi ini adalah edisi khas untuk M9 Raevix. Terdapat logo Valkyrae di tengah-tengah kerusi dan logo Raevix di bahagian bawah belakang.

Dengan harga AS$1059 atau lebih kurang RM4,240.

Peminat juga boleh membuat penambahan sebanyak RM520 untuk mendapatkan M9 Raevix dengan keupayaan cooling dan teknologi urutan haba.

Ramai peminat juga menganggap Valkyrae sebagai ratu di atas kerusi barunya itu.

Jika anda peminat Valkyrae mungkin anda akan membeli kerusi gaming ini.

RELATED NEWS

+