Yana Samsudin buat laporan polis berhubung isu seorang streamer

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Berhubung isu seorang streamer yang menggunakan ayat yang tidak sesuai untuk remaja bawah umur, laporan polis kini dibuat oleh Yana Samsudin (Kak Yong) di Ibu Pejabat Polis Shah Alam, semalam.

Yana dalam tulisan posting di FB mengatakan, sepanjang hayatnya bermain game dan stream, ini adalah pertama kali beliau menempuh situasi yang memalukan bagi pihak streamer Malaysia.

“Streamer itu menggunakan perkataan double meaning dan berbaur lucah kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

“Ini terang-terangan salah dalam etika streaming dan streamer itu melakukan perkara yang boleh dikaitkan dengan kesalahan berhubung dengan pengantunan kanak-kanak iaitu berkomunikasi secara seksual dengan seorang kanak-kanak,” tulisnya.

Kecewa dengan tindakan streamer itu, Yana membuat laporan polis agar tindakan sewajarnya dikenakan kepada streamer itu dan bagi menjaga nama baik streamer-streamer lain di Malaysia. Ia juga bagi melindungi mangsa dan bakal mangsa lain di masa akan datang.

“Ianya akan memberi kesan yang sangat negatif terhadap psikologi kanak kanak itu dan melanggar akta kanak kanak serta perangai tiada akhlak yang suka mencarut dan mengugut wanita dalam permainan game tidak boleh dijadikan normalisasi dalam game atau pun kehidupan biasa,” tulisnya lagi.

Yana juga yakin terdapat pihak lain yang turut buat laporan sama kepada streamer itu. Akhir sekali, Yana menyeru orang ramai untuk bertindak dengan melaporkan salah laku kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan dijadikan iktibar oleh orang lain.

Terdahulu, seorang streamer SoulGamingX dipercayai menggunakan perkataan lucah dan tidak patut kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di dalam satu siaran langsung di Facebook Gaming miliknya.

Setakat ini, tiada permohonan maaf secara terbuka dan kali terakhir streamer itu bersiaran langsung adalah pada 12 Julai lalu.

Foto: YanasamsudinX dan Harian Metro

RELATED NEWS

+