Streamer Tempatan, NeverOne Lancar Charity Stream Untuk Bantu Kos Perubatan StalkerArea51

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Begitulah semangat tolong-menolong antara manusia.

Seorang streamer Malaysia, NeverOne atau nama sebenar, Ameerah Idros melancarkan bantuan bagi meringankan beban streamer dan juga rakan taulan, Muhammad Nur Syafeeq atau mesra dipanggil sebagai StalkerArea51 yang menghidapi penyakit jangkitan kuman di bahagian kaki.

Syafeeq adalah seorang bekas komposer muzik dan kini mengorak ke dalam dunia streaming di Facebook, Youtube dan Twitch demi mencari rezeki. Dia gemar bermain dan stream game first-person shooter (FPS) dan battle royale seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), Fortnite, Overwatch dan Rainbow Six Siege.

Walaubagaimanapun, Syafeeq terpaksa memberhentikan aktiviti streaming berikutan tahap kesihatan semakin meruncing. Ketika dihubungi MyGameOn, Ameerah memberitahu kesihatan Syafeeq semakin pulih dan telah discaj dari wad Hospital Serdang tetapi dia masih lagi perlu kembali ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan ikhlas boleh salurkan sumbangan kepada akaun persendirian Syafeeq iaitu:

  • Maybank – 162263235811 (Nama akaun: Muhammad Nur Syafeeq)

Selain itu, Ameerah bercadang untuk mengadakan satu charity stream khas untuk Syafeeq pada 28 Februari 2019. Dia juga mempelawa rakan-rakan streamer lain untuk sertai stream bersama-sama atau hos sebuah charity stream di saluran masing-masing. Sebarang persoalan boleh ditanyakan ke Ameerah di laman Facebook “MeeraOne” di sini.

Kami di MyGameOn mengharapkan abam stoker kita kembali sihat walafiat untuk meneruskan lagi minat streaming dan menyokong komuniti streamer tempatan! 

RELATED NEWS

+