“Streamer Twitch buat lebih banyak duit dari Youtuber famous,” – Ludwig

Bintang streamer Ludwig kini percaya streamer Twitch menerima lebih banyak wang pendapatan daripada mana-mana Youtuber famous selepas bercakap dengan ramai Youtuber dan streamer.

Di dalam dunia di mana pencipta kandungan boleh menjadi satu pekerjaan yang sah, ramai orang mencuba nasib untuk menjadi Youtuber atau streamer besar seterusnya.

Ludwig membuat kenyataan ini ketika menjadi jemputan untuk ke podcast HasanPiker berama CDawgVa dan WillNeff.

“Awak tahu apa yang saya tahu baru-baru ini?. Sungguh tidak disangka selepas saya bercakap dengan ramai Youtuber ‘famous’ malah lebih popular daripada saya, dan seterusnya saya bercakap dengan ramai streamer. Kami mendapat satu konklusi,” ujar Ludwig.

“Streamer Twitch dapat raih pendapatan lebih banyak dari Youtuber popular malah jurang itu juga sangat besar,” tambah Ludwig.

Sudah semestinya untuk menjadi yang terhebat bukan senang dan memerlukan sedikit nasib baik dan usaha yang berterusan.

Tiada lagi kejayaan dalam satu malam untuk terus menjadi kaya.

RELATED NEWS

+