Suhaz Esports kini bergerak solo tanpa EVOS di MPL MY S8

Bagi menghadapi Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) MY musim kelapan kelak, Suhaz Esports nampaknya tidak lagi berkolaborasi bersama EVOS Esports. 

Memetik laporan Kosmo, pengurus Suhaz, Muhammad Fadhil Hishamuddin mengatakan EVOS yakin Suhaz dapat bergerak solo pada musim kali ini.

“EVOS juga mendapati kami mampu bergerak solo kerana sudah banyak pelajari perkara-perkara baharu bersama mereka sebelum ini. Mereka juga yakin dengan kemampuan kami, jadi ini adalah keputusan terbaik bagi kedua-dua pihak,” katanya.

Dalam masa yang sama, kali ini Suhaz Esports akan tetap dengan lineup pada musim ketujuh dan mereka optimis serta yakin dapat memenangi gelaran juara. 

Pada musim lalu, Suhaz terkandas di peringkat separuh akhir sekali gus terpaksa melupakan hasrat mereka meraih takhta dan layak ke MSC 2021.

Bagaimanapun, pengalaman diambil di MPL musim lalu sedikit sebanyak memberi iktibar kepada mereka untuk buat yang lebih baik pada musim kali ini.

RELATED NEWS

+