Sukan SEA: Malaysia sasar emas untuk PUBG Mobile

Malaysia menyasarkan satu pingat emas di Sukan SEA Hanoi, 2021 di Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini.

Menurut laporan BERNAMA, perkara itu diungkapkan oleh pengurus pasukan negara, Kelvin Pang Ching Kuen yang menyasarkan e-sukan PUBG Mobile. Difahamkan, permainan itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu acara berkumpulan (4 orang) dan solo.

Katanya, dua pasukan terbaik PUBGM akan bertanding bagi mencapai sasaran itu.

Kelvin juga berkata dua pasukan Free Fire akan dihantar manakala MLBB, AOV dan League of Legends masing-masing akan ada satu pasukan.

Tambah Kelvin, bilangan pemain akan ditambahkan ke 52 orang bagi memberi ruang kepada pemain simpanan untuk didaftarkan.

Terdahulu, nama-nama pemenang bagi kelayakan Sukan SEA sudah pun diumumkan antaranya:

  • Todak bagi Mobile Legends
  • SEM9 bagi Wild Rift (Lelaki) dan League of Legends PC
  • ADT Esports (Arena of Valor)

Sementara itu, Free Fire sedang melangsungkan pusingan kelayakannya sejak semalam.

Setakat ini, Metrix mencatatkan 100 mata pada hari pertama pusingan.

Dalam Sukan SEA sebelum ini di Filipina, kontinjen negara berjaya membawa pulang emas bagi kategori Hearthstone dan gangsa bagi MLBB.

Foto dan sumber rujukan: BERNAMA

RELATED NEWS

+