Sumber menyatakan, Worlds 2021 akan diadakan di sebuah arena di Iceland

Sebelum ini, lokasi kejohanan dunia League of Legends World Championship dipindahkan daripada China ke Eropah berikutan penularan Covid-19 varian Delta, sekatan penerbangan dan protokol Covid yang ketat. 

Keputusan perubahan lokasi ini dibuat pada 24 Ogos lalu. 

Kini terdapat rumber yang menyatakan, World 2021 yang akan berlangsung pada 5 Oktober hingga 6 November 2021 ini akan di adakan di Laugardalshöll Indoor Sporting Arena di Reykjavik, Iceland. Lokasi ini adalah lokasi yang sama digunakan semasa acara VALORANT Masters and Mid-Season Invitational, menurut sumber Dot Esports.

Namun, lokasi ini masih belum disahkan oleh pihak Riot.

Demi mengelakkan penyebaran COVID-19, kemungkinan Worlds 2021 akan diadakan di Iceland menggunakan sistem ‘buih’ seperti yang dilakukan semasa Worlds 2020 di China. Malah, kemasukan penonton juga kemungkinan akan dihadkan.

Sebanyak 22 pasukan yang sudah dipastikan akan sertai kejohanan kali ini. Hanya satu negara yang tidak dapat untuk hadiri, iaitu Vietnam berikutan ketiadaan Vietnam Championship Series pada tahun ini. 

Sebelum dipindahkan lokasi, LoL World Championship dijangka akan diadakan di Shenzen Universiade Center Stadium di Shenzen, China.

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+