Setelah 12 tahun kolaborasi bersama Garena dan Riot Games.
Kini Riot Games bakal mengambil alih semula League of Legends dan Teamfight Tactics untuk Asia Tenggara mulai hujung Januari tahun hadapan.
League of Legends telah lama menjadi salah satu MOBA diminati ramai di Asia Tenggara.
“Dengan menerbitkan sendiri, kami akan memastikan pemain Asia Tenggara League dan TFT akan mendapat pengalaman sama seperti pemain dari serata dunia.”
Garena telah menjadi satu tunjang yang sangat lama dalam pembangunan komuniti League of Legends di Asia Tenggara.
“Kami bersyukur dengan perkongsian bersama Garena dan penerbitan mereka untuk lebih sedekad. Usaha mereka untuk membina komuniti League of Legends dan Teamfight Tactics ke seluruh pemain Asia Tenggara tidak akan berjaya tanpa mereka.”
Riot Games mahu meningkatkan lagi persepsi mereka di Asia Tenggara dan membawa fokus model untuk Asia Pasifik.
Riot Games juga kini dalam proses untuk membuka pejabat cawangan di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.
Manakala di Taiwan akan dijaga oleh Taiwan Mobile dan Vietnam oleh VNGGames.
Dengan adanya pejabat di negara-negara ini Riot Games bakal memberi lebih banyak acara rasmi Riot Games yang boleh dinantikan.
Buat pengguna Garena anda tidak perlu takut, kerana akaun Garena anda akan berhijrah ke server data akaun Riot bermula 18 November ini.
Semua skin, inventori loot, RP, Champion Mastery, Eternals, Levels, nama Summoner dan senarai rakan masih ada dan tidak akan hilang.
Anda boleh mengikut pautan ini untuk cara-cara perpindahan akaun.
Rujukan: Riot Games