T-shirt koleksi UT League of Legends x Uniqlo kini di pasaran

Hari ini Riot Games Asia Tenggara mengumumkan baju League of Legends UT Collection kini boleh didapati di kedai-kedai Uniqlo berdekatan anda dan juga di kedai dalam talian Uniqlo.

Enam rekaan unik yang diinspirasikan daripada beberapa champion popular seperti Jinx dan rekaan unik elemen dalam League of Legends seperti Summoner’s Rift, Poros dan juga K/DA.

Sebagai tambahan juga rekaan baju baru ini diperagakan oleh kumpulan terkenal oleh Riot Games iaitu K/DA.

Untuk maklumat lanjut kesemua t-shirt League of Legends boleh didapati di kedai Uniqlo berdekatan anda dan juga kedai dalam talian Uniqlo dengan harga RM59.90 sahaja.

RELATED NEWS

+