5 Pro Player E-sukan yang pernah mengamuk, tak boleh bawa bincang

Pertandingan boleh menjadi sesuatu yang sangat memberi tekanan.

Namun, tidak semua pemain profesional boleh mengawal emosi mereka di hadapan khalayak ramai.

Hari ini kita akan melihat beberapa pemain profesional e-sukan yang tidak dapat mengawal emosi mereka.

1. Hungrybox mengamuk dibaling ketam (Super Smash Bros.)

Tahun 2019, Hungrybox berlawan Mango dalam Super Smash Bros.

Selepas kemenangan peringkat akhir ke atas Mango, seseorang daripada penonton membaling ketam ke arah Hungrybox.

Marah ini bersebab kerana pemain itu tidak suka akan kemenangan Hungrybox.

2. IdrA Rage Quit – Hanya ilusi semata (Star Craft)

Kadang-kadang sedikit tujahan membuat pemain profesional terus mengamuk.

Bekas pemain profesional IdrA terkenal dengan rage quit apabila dia akan kalah di Star Craft.

Ini yang berlaku kepada IdrA apabila dia rage quit terus dari perlawanan ketika berlawan MMA.

Namun kali ini lebih memalukan IdrA berhenti terlalu awal.

Dia terlalu marah untuk menyedari bahawa kekalahan yang akan berlaku itu hanyalah halusinasi yang dibuat oleh pihak askar lawan dan tiada damage pun pada bangunannya.

Bayangkan teknik minda dari askar musuh yang sepatutnya tidak membuatkan dia kalah tetapi dia terus berhenti lebih awal.

3. Wobbles tumbuk dinding sehingga berlubang (Super Smash Bros)

Semua ini berlaku ketika Smash Summit 2 2016 di antara Wobbles berlawan Ice.

Namun akibat marah dengan kekalahan itu Wobbles bertindak untuk terus membaling alat kawalanya dan pergi menumbuk dinding.

Dinding itu berlubang dengan saiz sebesar penumbuk.

4. Dellor marah penuh rasis (Overwatch)

Dellor kini dibuang dari pasukan Toronto Esports. Kini dia bukan lagi pemain profesional Overwatch.

Kejadian ini berlaku ketika penstriman dia di Twitch di mana dia mengamuk dengan banyak ejekan yang sangat rasis.

5. Vasilli hancurkan studio (League of Legends)

Berlaku pada tahun 2016 LSPL, perlawanan di antara LD berlawan dengan ING (pasukan Vasilli).

Nyata League of Legends membuatkan anda mengamuk lain daripada yang lain.

Ketika Vasilli bertindak menembak Ultimate Ashe ke rakan pasukannya dan terus meninggalkan perlawanan itu.

Dia kemudian terus menghancurkan papan kekuncinya dan beberapa barang di studio pertandingan itu.

Apa lagi saat-saat pemain profesional e-sukan yang anda ingat pernah mengamuk?

RELATED NEWS

+