Tarikh Beta Fallout 76 Diumumkan, Pengguna Xbox One Main Seminggu Lebih Awal

Bethesda umumkan tarikh rasmi Break-IT Early Test Application atau B.E.T.A Fallout 76 bersama-sama dengan trailer terbaru. Jom kita layan trailer pengenalan Fallout 76 di bawah:

Pengguna Xbox One akan menikmati beta Fallout 76 seminggu lebih awal berbanding platform lain iaitu pada 23 Oktober manakala PS4 dan PC akan jatuh pada 30 Oktober.

Oleh kerana Fallout 76 adalah game sepenuhnya online, korang memerlukan PlayStation Plus untuk main beta di PS4 dan Xbox Live Gold di Xbox One. Beta ini hanya dibuka untuk mereka yang sudah membeli pre-order Fallout 76.

Korang memerlukan ruang sebanyak 45 GB untuk download beta game ini. Pemain PC tidak perlu untuk download semula beta ketika Fallout 76 dilancarkan secara rasmi tetapi pemain konsol perlu download kembali versi pelancaran game survival RPG online ini pada November ini.

Menurut kenyataan FAQ bagi beta Fallout 76, beta ini diwujudkan sebagai satu bentuk ujian tekanan berterusan kerana game ini akan dimainkan secara online sepenuhnya dan cubaan untuk memuatkan seramai pemain mungkin. Tempoh beta ini masih lagi tidak dinyatakan tetapi Bethesda berkata permainan beta boleh mencapai empat ke lima jam.

Jadi, jangan terkejut kalau terserempak kesulitan (bug, crashes) ketika bermain beta Fallout 76 nanti!

Fallout 76 akan dilancarkan secara rasmi pada 14 November 2018 di PS4, PC, Xbox One. Fallout 76 di PC tidak akan berada di Steam tetapi hanya diedarkan melalui launcher Bethesda sendiri.

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+