Team Caracal – dianggotai oleh Leixia, Aim, Lolealz, LinkEzaa, Kaizer Kim, Zaraki, Neo dan Kuja

Pasukan misteri sebelum ini yang membuat kejutan di media sosial, Team Caracal kini sudah rasmi mendedahkan barisan pemain mereka.

Dalam satu hantaran Instagram @team_caracal sebentar tadi, kita dapat kenali wajah-wajah ini yang pernah main di Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kelapan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Caracal (@team_caracal)

Team Caracal terdiri daripada:

  • Muhammad Aiman Mohamad Abas – Aim
  • Ealtond Rayner – Lolealz
  • Mohd Norhadim Yusup – LinkEzaa
  • Izme Haqeem Hamsjid – Kaizer Kim
  • Jamil Nurolla – Zaraki
  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi – Leixia
  • Muhammad Azam Ahmad – Neo
  • Ajwad Mohd Yusof – Kuja (jurulatih)

Mereka adalah bekas ahli pasukan RSG Malaysia, Team Bosskurr dan Orange Esports.

Baru-baru ini, Team Caracal berjaya mendapat gelaran naib juara dan membawa pulang RM4,000 dalam kejohanan Esports Championship sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

HomeBois pula berjaya bergelar juara dan membawa pulang RM6,000 dalam kejohanan itu.

RELATED NEWS

+