Team Caracal memulakan ‘tryout’ untuk MPL MY musim kesepuluh

Pasukan Mobile Legends, Team Caracal nampaknya sedang mencari pemain-pemain baru yang akan melalui proses percubaan.

Dalam satu hantaran InstaStory, mereka menyertakan kriteria-kriteria bagi menyertai pasukan itu.

Syarat-syarat menyertai Team Caracal:

  • Mythical Glory dengan 1,800+
  • 18 tahun ke atas
  • Boleh tinggal di Melaka
  • Hero pool yang besar
  • Mempunyai kemahiran mikro dan makro yang baik
  • Mempunyai disiplin dan adab yang baik

Pendaftaran bermula hari ini hingga 13 Jun dan proses percubaan akan bermula pada 15 Jun.

Nak daftar? Klik LINK ini.

Sebelum ini, kesemua pemain Team Caracal tidak lagi bersama organisasi itu.

Malah, jurulatih mereka, Kuja kini bersama RSG MY.

RELATED NEWS

+