Team Caracal rampas slot kedua MPL MY musim kesembilan

Perlawanan merebut slot kedua MPL MY musim ke-9 menyaksikan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan THQ Academy.

Kedua-dua pasukan mempunyai skor yang seri dan mereka akan bertarung di perlawanan ketiga untuk menentukan siapakah akan mendapat slot kedua.

Linkezaa mendapat hero kegemaran beliau iaitu Alucard, mudah sahaja mereka mengawal permainan di perlawanan terakhir ini. Team Caracal bermain dengan sangat agresif untuk menghentikan pergerakan THQ Academy.

Team Caracal terus mengambil objektif untuk memberikan mereka kelebihan ke atas pasukan lawan. Turtle berjaya dikawal dan turret berjaya dimusnahkan.

Di dalam minit ke-8, sudah 6 turret berjaya dijatuhkan oleh Team Caracal.

Mereka teruskan memberi tekanan dan akhirnya pasukan THQ tidak berdaya untuk mempertahankan base mereka.

Tahniah diucapkan kepada Team Caracal, mereka membuktikan mereka adalah pasukan yang layak untuk bermain di MPL.

RELATED NEWS

+