Team Haq membeli pemain Indonesia, Chanks untuk FIFA

Team Haq Esports Club (THQ) sudah melengkapkan perpindahan Moehamad “Chanks” Zulisar untuk beraksi dengan pasukan mereka dan Chanks akan tiba di Malaysia awal November ini.

Chanks yang pernah menjuarai ePiala Indonesia 2021 menjadi rebutan kelab-kelab e-sukan tempatan dan antarabangsa tapi akhirnya memilih THQ sebagai pasukan baharu untuk mengembangkan lagi kerjaya beliau.

“Bagi saya, perpindahan ini adalah satu cabaran baharu kerana buat pertama kalinya saya beraksi di negara luar dari Indonesia.

“Saya turut berbangga kerana berpeluang untuk beraksi bersama salah satu pasukan terbaik di Asia Tenggara. Saya yakin saya akan membawa lebih banyak kejuaraan untuk pasukan ini bersama rakan pasukan saya,” kata Chanks.

“Kami sudah bekerja keras untuk membawa Chanks ke pasukan ini dan sudah pasti saya berasa sangat gembira apabila perpindahan ini berjaya dilengkapkan.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pasukan Zeus Gaming kerana memberikan kerjasama yang sangat baik.

“Kemasukan Chanks ke pasukan kami sudah pasti akan meningkatkan kualiti pasukan dan saya yakin beliau akan cepat membiasakan diri dalam suasana di pasukan baharu beliau.” kata Aiman Haq, Ketua Pegawai Eksekutif.

Chanks pada mulanya menempa nama apabila menjadi wakil untuk pasukan Persikabo dan juga berjaya membawa Indonesia ke kejohanan utama FIFAe Nation Cup dengan membawa pulang RP50 juta (RM14,800).

RELATED NEWS

+