Saksikan M4 World Championship Watch Party di HomeBois Pitstop Kuala Lumpur

MPL Malaysia telah mengumumkan satu acara rasmi watch party untuk M4 World Championship yang akan dibuat di HomeBois Pitstop Kuala Lumpur.

Saksikan kesemua pasukan terbaik MLBB apabila mereka bakal bertempur di Jakarta bulan hadapan.

Jumlah wang hadiah kali ini juga adalah sebanyak RM3.54 juta.

Jangan lupa sertai acara ini dan menang ganjaran eksklusif!

Bermula 7 Januari depan, anda boleh mendapatkan beberapa barangan rasmi Mobile Legends: Bang bang di HomeBois Pitstop.

Anda digalakkan untuk pra-daftar lebih awal untuk memenangi hadiah menarik.

  • Jumpa Lord dari MLBB! Ini peluang anda untuk berinteraksi dan bergambar dengan Lord.
  • Ambil gambar untuk dibawa pulang di photo booth Minion
  • Berpeluang untuk membawa pulang barangan eksklusif MLBB seperti diamond, dan Infinix Note 12 di sana pada 7-8 Januari dan 13-15 Januari.

Sertai personaliti terkenal dan cosplayers pada 7-8 Januari 2023

Personaliti MLBB terkenal juga akan hadir seperti intanserah, xkpenjahat, zeemahmad dan dennislimming yang akan hadir pada Watch Party ketika pasukan Team HAQ dan TODAK berlawan.

Cosplayers juga bakal menjadi hero-hero MLBB yang anda minat!

Sokong Team HAQ dan TODAK bersama rakan-rakan dan keluarga anda.

M4 World Championship ini akan ditayangkan bermula 1-15 Januari ini di HomeBois Pitstop.

Tempat

 HOMEBOIS PITSTOP

Fedewal Hwy, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor Malaysia

Tarikh  1-15 Januari 2023
Pra-Pendaftaran  Daftar di sini

Maklumat lanjut dan pengumuman boleh di dapati di Facebook dan Instagram rasmi MPL MY.

RELATED NEWS

+