Terima kasih Team Secret, Team Haq..

Selepas 6 minggu berlalu, akhirnya musim liga MPL MY musim ke-11 sudah pun tamat.

Walaubagaimanapun, dua pasukan terpaksa menamatkan perjalanan mereka dengan lebih awal. Pasukan itu ialah pasukan rookie, Team Secret dan juara betahan, Team Haq.

Juara musim ke-10, Team Haq tiba di musim baharu ini dengan status sebagai juara bertahan dan wakil Malaysia ke M4.

Namun mereka tidak dapat jumpa rentak untuk bermain seperti musim lalu dan tewas banyak perlawanan terutama sekali menentang pasukan rookie seperti Madness Esports dan Yoodo Red Giants Esports.

Team Haq hanya menang menentang Team Secret dan Red Esports dan banyak tewas dengan skor 2-0 yang membuatkan jalan untuk ke Playoffs lebih susah.

Walaupun terdapat pemain baharu seperti Hito dan pertukaran role Panda daripada Gold Laner ke Roamer tidak dapat membantu pasukan itu mencapai pencapaian musim lepas.

Pabz mengakui bahawa dia tidak dapat mengadaptasi meta baharu dengan lebih baik dan risiko diambil dengan pertukaran role turut tidak menjadi.

“Keputusan ini dibuat adalah kami panggil ‘gamble’ dan untuk kita mengubah perangai Panda,” ujar Pabz, jurulatih Team Haq.

@mygameondotmy Jurulatih Team HAQ, Pabz, komen tentang persembahan terakhir mereka hari ini #mpl #mplmy #mplmys11 #inigayakita #revoluxi #teamhaq #fyp #kakigaming #mygameon ♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Walaubagaimanapun, Pabz dan Jungler Team Haq, Gary masih mempunyai peluang untuk membetulkan reputasi mereka di Sukan SEA yang akan datang.

Cerita berbeza buat Team Secret yang tidak berjaya memenangi sebarang perlawanan untuk sepanjang musim ini.

Team Secret tiba di MPL MY selepas slot Orange Esports menjadi milik mereka.

Namun, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuk pasukan yang cukup terkenal di dunia e-sukan. 

Ini selepas pasukan itu dilanda masalah pada dua minggu pertama di mana dua pemain import mereka dari Filipina tidak dapat hadir ke Malaysia atas sebab masalah yang tidak dapat dielakkan.

Ini sedikit sebanyak merencatkan pencaturan Team Secret sehinggakan jurulatih mereka, Amoux bermain pada dua minggu pertama.

Walaupun pemain import mereka tiba pada minggu ketiga, ia tidak memberi sebarang impak kepada Team Secret.

@mygameondotmy Komen Amoux, jurulatih @Team Secret mengenai persembahan pasukan mereka 🙏🏼 #mpl #mplmy #mplmys11 #mlbb #inigayakita #revoluxi #kakigaming #fyp #mygameon ♬ DJ MOBILE LEGENDS BANGERS FVNKY – Pro Revolution

Pertukaran Gold Laner mereka iaitu Deto kepada Zuto juga tidak dapat membantu Team Secret mendapat sebarang mata pada musim ini.

Kedua-dua pasukan ini terpaksa bermula balik semula dari kelayakan dan berharap bahawa mereka boleh kembali semula ke MPL MY pada musim ke-12.

RELATED NEWS

+