Team Lunatix hampir layak ke playoff

Perlawanan Team Lunatix menentang Team Haq sebentar tadi sangat mendebarkan di mana Team Lunatix berjaya memperolehi kemenangan bersih, 2-0.

Pasukan Lunatix sangat cepat mengadaptasi patch terbaru di mana mereka membawa masuk Pharsa semasa perlawanan kedua.

Corak permainan Team Lunatix kini berubah dan mereka kurang melakukan kesilapan seperti perlawanan mereka pada minggu sebelum ini.

Mereka kini menduduki tempat keempat di kumpulan B dan mempunyai satu perlawanan lagi menentang Team SMG pada esok hari.

Jika Team Caracal gagal mendapatkan kemenangan di dalam perlawanan Todak sebentar nanti, peluang mereka untuk ke playoff bakal dimusnahkan.

Pasukan manakah yang bakal layak ke peringkat playoff nanti? Team Caracal atau Team Lunatix? Kita bakal saksikan.

Foto: MOONTON GAMES

RELATED NEWS

+