Team Path wakil Malaysia ke Point Blank International Championship 2024

Point Blank baru sahaja menamatkan pertandingan kebangsaan pertama mereka buat server Malaysia dan Singapura.

Point Blank National Championship (PBNC) diadakan diadakan pada 20-21 Januari lepas dimana Team Path menjadi juara bersama dengan hadiah wang tunai AS$3,200 (RM15,000) dan tiket khas untuk layak ke pertandingan antarabangsa.

Ahli pasukan untuk Team Path terdiri daripada Rexx, SaviourZ, MikaMiko, iMBa7k, dan SmallBoY berjaya mengalahkan pasukan lain seperti Blitz x RageImmos, TPATH3, G’, Angin Kencang, Envy Black, Team Aidargh, dan The Captains.

ImBa7k pula dinobatkan sebagai MVP dan membawa hadiah wang tunai AS$190.

“Dengan sokongan anda, kami akan memastikan yang terbaik dan lebih bersedia untuk PBIC,” ujar Rexx selaku kapten Team Path.

Lapan negara bakal berentap di Kejohanan Antarabangsa Point Blank (PBIC) 2024 iaitu Indonesia, Thailand, Brazil, Russia, Turkiye, Filipina, Azerbaijan dan Malaysia.

Point Blank International Championship (PBIC) 2024 akan bermula pada 2 dan 3 Mac ini di Taman Anggrek Mall, Jakarta Barat.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Point Blank Zepetto SGMY.

RELATED NEWS

+