Free Fire: Expand dan SEM9 sahkan slot ke Grand Finals Februari depan

Dua gergasi Free Fire tempatan, Expand dan SEM9 berjaya menempah slot ke Grand Finals ESL Snapdragon Pro Series musim kedua yang bakal membuka tirai pada 4 Februari tahun depan.

Pada semalam, aksi yang wajar dipuji oleh pasukan Expand kerana konsistensi dalam pungutan mata tertinggi iaitu 525.5 mata secara keseluruhan.

Tambahan lagi, kutipan tiga Booyah juga memastikan pasukan itu dalam kelompok tiga teratas di hari akhir Play-In ESL Snapdragon Pro Series.

Booyah pertama dicatatkan pada pusingan pertama Kalahari dengan perolehan 22 mata keselruhan dan 10 mata singkir. Booyah kedua pula didapatkan pada psuingan ketiga peta Alpine dengan pungutan 23 mata dan 11 mata singkir manakala Booyah terakhir di pusingan keenam peta Purgatory dengan kutipan 24 mata dan 12 mata singkir.

Aksi bertenaga oleh Expand itu menjadikan pasukan itu sebagai penyandang juara bagi Play-In semalam.

Di samping itu, wakil kedua Malaysia iaitu SEM9 turut menyertai Expand ke Jakarta Februari depan walaupun sekadar berpuas hati di kedudukan ketiga dengan 504.5 mata dan 170 mata singkir.

Kedua-dua pasukan ini bakal membawa harapan Malaysia di Grand Finals yang akan bertempat di Mal Taman Anggrek Februari hadapan. 

Peringkat akhir ini bakal menyediakan 12 pasukan dari 4 rantau yang terbesar di Asia Pasifik iaitu (Thailand, Indonesia, Vietnam dan MSP (Malaysia, Singapura dan Filipina).

Aksi ini boleh disaksikan secara fizikal mahupun di siaran langsung rasmi Facebook, Youtube dan Twitch ESL Malaysia.

RELATED NEWS

+