Team SMG dominasi perlawanan pertama M5 Wild Card

Wakil Malaysia, Team SMG berjaya mendapatkan kemenangan sengit ketika perlawanan pembukaan MLBB M5 Wild Card yang berlangsung hari ini. 

Mereka berjaya menewaskan pasukan Laos, Nightmare Esports dengan skor 2-1.

Pada game pertama, Team SMG menggunakan lineup yang agak rusuh seperti Joy dan Lylia yang mampu mengacau backline. Chou pula digunakan untuk pick-off marksman milik Nightmare.

Strategi ini berjaya walaupun pada mulanya sedikit sukar untuk mereka kekalkan momentum.

Di game kedua, kombo Angela dan Baxia dilihat berkesan dalam teamfight dan mereka juga memilih Claude untuk output damage yang tinggi. Nightmare Esports berjaya bertahan selama lebih 23 minit sebelum menunjukkan mereka adalah pasukan lebih kemas dan berdisiplin dengan melenyapkan Saxa terlebih dulu di kawasan Lord dan kemudian menamatkan permainan.

Game ketiga menyaksikan draft yang lebih kompleks dari Team SMG dengan pemilihan Akai dan Mathilda bagi utiliti serta Valentina untuk mencuri ulti Minotaur, Yu Zhong atau Angela.

Strategi ini berkesan kerana SMG berjaya mendapatkan pelbagai objektif dan seterusnya menamatkan permainan.

RELATED NEWS

+