[TERKINI] Nenas menjadi jurulatih sementara pasukan MAB Esports

Selepas mengumumkan Loong tidak lagi menjadi jurulatih sementara mereka selepas tamat pusingan kelayakan MPL MY musim ke-9.

Kini, MAB Esports mengumumkan Nenas akan menggalas tanggungjawab itu untuk menjadi jurulatih sementara mereka.

Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram rasmi mereka.

Walau bagaimanapun, pasukan MAB Esports masih mencari jurulatih tetap untuk musim ini.

Terdahulu, Nenas memilih untuk berehat dari arena kompetitif. Dia pernah ke Kejohanan Dunia M1 bersama pasukan Todak ketika itu. Mereka berjaya mendapat tempat ketiga selepas tewas di tangan pasukan RRQ.

Adakah Nenas akan membawa pasukan MAB Esports mencapai kemenangan? Sama-sama kita saksikan.

 

RELATED NEWS

+