Tetris Royale Membawakan Pertempuran 100 Pemain Ke Android Dan iOS

Battle royale tetap menjadi genre unggul yang telah diterapkan masuk ke dalam pelbagai jenis game. Lupakan Apex Legends, PUBG ataupun Fortnite.

Super Mario Bros pun ada mod battle royale dipanggil sebagai Mario Royale (tapi sayangnya, ia telah dipadamkan atas sebab undang-undang) dan Flappy Bird pun terjebak juga dalam fenomena ini yang dipanggil sebagai Flappy Royale. Korang boleh cuba main di sini.

Kini, tiba pula giliran Tetris untuk bertempur dalam battle royale di skrin telefon pintar korang. The Tetris Company dan pembangun N3twork mengumumkan Tetris Royale untuk Android dan iOS.

Menurut Polygon, game mobile ini akan mengikut konsep sama seperti Tetris 99 iaitu game dilancarkan di Nintendo Switch. Tetris Royale bakal mempersembahkan perlawanan sengit susun blok tetris seramai 100 pemain dan juga mod Marathon solo.

Mod kompetitif 100 pemain bakal mempunyai leaderboard bermusim dan mengatasi cabaran harian dalam Tetris Royale untuk mendapat ganjaran seperti pilihan pengubahsuaian, power-ups dan boosters.

Tetris Royale sedang dibangunkan untuk iPhone, iPad dan peranti Android. Tarikh rasmi masih lagi belum didedahkan tetapi beta game bakal menyusul untuk ‘negara-negara terpilih’.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+