The Ascent berjaya raih RM20 juta untuk minggu pertama

Satu kejayaan besar buat Curve Digital apabila permainan multiplayer cyberpunk shooter mereka berjaya mendapat lebih dari RM20 juta hasil jualan.

The Ascent juga mendahului Steam Global Charts untuk hujung minggu lepas.

Mereka membuat pengumuman ini di lamam web rasmi mereka.

“The Ascent adalah permainan video pertama dari pasukan baru kami dan berjaya melebihi semua jangkaan,” ujar John Clark, CEO Curve Digital.

Dengan bantuan Game Pass di Xbox Game Pass, The Ascent berjaya meraih jualan ini.

Game Pass merupakan servis langganan seperti Netflix tetapi untuk permainan video.

Curve Digital menunjukkan bahawa syarikat permainan indie juga boleh menjadi saingan untuk pembangun permainan video AAA.

Mungkin The Ascent bakal membawa satu tanda aras yang baru untuk semua permainan video indie yang lain.

RELATED NEWS

+