The Ascent – versi Cyberpunk 2077 lebih baik

Setiap kali akan menjadi sesuatu yang begitu mengejutkan dan menyeronokkan.

Apa yang pasti pasukan permainan video ini berjaya memberi estetik cyberpunk begitu menakjubkan.

Inilah perasaan bila bermain The Ascent.

The Ascent menceritakan apabila beberapa orang yang tidak puas hati atas tindasan dari beberapa syarikat besar yang mengawal segalanya di dalam dunia The Ascent.

Bermula dengan hanya 12 orang sahaja dari studio Neon Giant. Permainan ini masih boleh dinaik taraf dan masih ada beberapa pembaikan yang perlu dibuat untuk membuat The Ascent menjadi lebih baik dan hebat.

 

Mari lihat kebaikan dan kehebatan permainan video ini:

1. Kecantikan dunia The Ascent

The Ascent Q&A - Neon Giant Shares Info on Game Length, Crossplay and The  Game's Living World

Estetik The Ascent tidak memberi fokus kepada cyberpunk tahun 80-an tetapi cyberpunk yang moden dan tersendiri.

The Ascent review: "Beautiful-looking but overburdened by ambition" |  GamesRadar+

Rupa yang cantik dan ditambah dengan fungsi ray tracing nyata memberi rupa begitu cantik dengan lighting yang penuh dengan estetik cyberpunk.

2. Sistem Senjata, Armor dan Augmentation yang unik

Senjata yang ada di dalam The Ascent tidak mempunyai rarity.

Oleh itu semua senjata boleh menjadi kuat dan semua senjata boleh dipilih untuk kesukaan anda. Jika anda suka submachinegun bercampur dengan shotgun. Anda boleh menggunakan kedua-duanya serentak.

Setiap senjata juga mempunyai jenis elemen masing-masing iaitu Biometrics, Cybernetics, Frame, and Motorics.

Skill dan attribute juga memberi impak untuk setiap senjata yang anda gunakan. Anda boleh meningkatkan skill anda mengikut keperluan bagi meningkatkan lagi kecekapan karakter anda semasa berlawan.

Antara yang paling menyeronokkan adalah sistem Augmentation. Ia adalah skill aktif yang anda boleh pilih mengikut apa yang anda mahu.

Terdapat juga satu skill yang dipanggil Neutron Beam yang boleh membuat anda menembak kamehameha besar dari senjata anda untuk mengalahkan semua pihak musuh di hadapan anda.

3. Perlawanan tanpa henti

Dalam The Ascent anda tidak akan lari dari permainan tembak, elak dan bunuh!

Anda boleh menggunakan hampir apa-apa sahaja benda yang anda untuk mengelak dari tembakan berbahaya.

Skill augment yang digunakan juga memuaskan hati apabila anda berjaya membunuh banyak musuh pada satu masa.

Dengan pelbagai jenis senjata and augment untuk anda guna sebagai kombo. Rasa hendak menggunakan rocket launcher? Boleh tiada masalah.

Kelainan jenis setiap penjahat juga akan membuat anda sentiasa menyimpan pelbagai jenis senjata berbeza untuk memudahkan misi anda.

4. Co-op

The Ascent developers working to bring DLSS to PC version on Game Pass

Anda juga boleh bermain permainan ini sehingga 4 orang pemain. Apa yang lebih menyeronokkan anda boleh membantu rakan-rakan anda dengan misi dan misi cerita mereka.

Selain itu, anda juga cuma boleh berjalan-jalan sahaja menjadi musuh dan juga mencari loot untuk meningkatkan lagi kelebihan kekuatan karakter anda.

Couch co-op juga ada dan anda boleh bermain dengan orang lain di dalam satu skrin yang sama.

Sebelum masuk ke kebaikan permainan video ini, sedikit sebanyak kekurangan dari The Ascent dahulu:

1.Peta yang tidak intuitif dan mengelirukan

Bermula dengan peta di dalam The Ascent. Kedudukan peta di dalam The Ascent adakalanya tidak membantu untuk beberapa situasi.

2. Loot yang kadang-kadang tidak memuaskan

Loot yang anda dapat juga jarang mendapat benda-benda baharu.

Anda akan selalu menjual beberapa senjata, armor dan juga augments yang sama dan mendapat credits (mata wang) yang berlebihan.

3. Kamera

Kamera juga kadang-kadang menjadi sedikit mengganggu namun selalunya tidak menghalang anda ketika berlawan.

4. Inventori menu yang kurang maklumat

Antara kekurangan paling ketara The Ascent ialah inventori menu yang kekurangan maklumat. Hal ini seperti disengajakan apabila pembina permainan video mahukan menu yang minimalis.

Jadi itu sahaja kekurangan yang menjadi sedikit banyak masalah di dalam The Ascent.

Kesimpulan

The Ascent memberikan anda kepuasa yang penuh aksi dan RPG dengan estetik cyberpunk yang menjadikan permainan ini lebih baik disertakan dengan musik electronik yang boleh dikatakan sangat ‘hype’.

Namun penceritaannya agak lemah sedikit tetapi berjumpa dengan bos dan perlawanan yang penuh aksi tanpa henti.

The Ascent boleh dibeli di Xbox One, Xbox Series X and Series S,  dan Steam untuk Microsoft Windows.

RELATED NEWS

+