The King of Fighters XV disahkan akan tiba pada tahun 2021

Trailer pengumuman The King of Fighters XV (KOF XV) akhirnya telah dikeluarkan oleh SNK. Judul terbaru dalam siri KOF ini disahkan akan dilancarkan pada tahun ini. Walaubagaimanapun, SNK tidak menyatakan tarikh pelancaran tepat.

Watak-watak terkenal siri KOF seperti Shun’ei, Benimaru, Kyo, dan Mai Shiranui membuat kemunculan dalam trailer ini. Pada penghujung trailer, SNK mengumumkan bahawa satu lagi trailer akan dipertunjukkan pada minggu depan.

Penulis berharap trailer yang akan dilancarkan pada minggu depan akan mendedahkan tarikh pelancaran permainan ini dan juga watak-watak baharu yang akan membuat kemunculan. Para peminat KOF sudah lama menunggu judul baharu dalam siri ini untuk membuat comeback.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+