The Walking Dead: The Final Season Mungkin Berakhir Di Episod Kedua, Menurut Pelakon Suara Clementine

Kita mungkin tidak akan dapat lihat The Walking Dead: The Final Season disiapkan sepenuhnya

Pelakon suara Clementine dalam siri The Walking Dead, Melissa Hutchison meluahkan rasa sedih terhadap penutupan studio yang terkenal dengan game naratif berepisodik secara drastik ini dan memberikan sedikit pencerahan tentang masa hadapan The Walking Dead: The Final Season.

Melalui satu post di laman Twitter peribadinya, Hutchison berkongsi, “Malangnya, saya tidak tahu butiran sebenar berkenaan apa yang telah terjadi dalam studio ini dan saya juga tidak tahu menahu tentang nasib musim terakhir The Walking Dead. Menurut pengetahuan saya, mereka (Telltale) akan melancarkan episod 2 dan sampai setakat itu sahaja.”

Hutchison mempunyai sejarah lama bersama Telltale Games. Beliau pernah menyumbang bakat suaranya dalam judul Telltale lain-lain seperti The Wolf Among Us dan Back to the Future: The Game.

Kami pernah melaporkan penutupan Telltale Games akan meletakkan The Walking Dead: The Final Season dan beberapa game lain seperti The Wolf Among Us 2 dalam keadaan berbahaya.

Walaubagaimanapun, kenyataan Hutchison sejajar dengan laporan US Gamer yang menyatakan The Walking Dead: The Final Season akan berakhir di episod dua berdasarkan sumber terdekat.

Setakat ini, Telltale masih lagi berdiam diri dari memberikan komen berkenaan desas-desus pembatalan The Walking Dead: The Final Season dan studio ini masih lagi dalam proses menilai portfolio produk mereka.

RELATED NEWS

+