The Walking Dead: The Final Season Bakal Melancarkan Dua Episod Terakhir Eksklusif Di Epic Games Store

Skybound Games umum dua episod terakhir The Walking Dead: The Final Season versi PC bakal dilancarkan eksklusif di Epic Games Store. 

Bagi yang sudah membeli Season Pass di platform PC lain seperti Steam, jangan risau. Korang masih lagi dapatkan dua episod akan datang mengikut platform berkenaan. Tapi berita buruk bagi korang beli episod secara satu per satu kerana korang kena beli episod seterusnya di Epic Games Store sahaja kalau nak tengok pengakhiran kisah The Walking Dead.

Kerjasama Epic dan Skybound Games dirakam dalam satu ucapan bersama oleh CEO Skybound Games, Ian Howe dan presiden interaktif Epic, Dan Muray yang mana mereka berkata, “Epic telah membantu kami dengan membawa masuk pasukan asal dan memastikan peminat akan dapat menikmati seluruh musim The Walking Dead: The Final Season yang telah disiapkan.”

Pada September, kita dikejutkan dengan penutupan Telltale Games yang memecat 90% pekerja tanpa pampasan sewajarnya sekaligus menjejaskan pembangunan The Walking Dead: The Final Season dan memberhentikan segala kerja pembangunan untuk game lain seperti The Wolf Among Us dan Stranger Things.

Semasa di New York Comic Con, Skybound Entertainment mengumumkan bahagian game development, Skybound Games mengambil alih tampuk pembangunan game zombi berepisodik ini dan turut menyerap masuk beberapa developer asal dari Telltale untuk menyiapkan musim terakhir The Walking Dead yang telah dirancang untuk mempunyai 4 episod.

Sejak pelancaran Epic Games Store pada awal Disember, Epic menjadi saingan utama Steam dengan mendedahkan barisan game eksklusif seperti Hades dan Journey dan pembahagian untung lebih tinggi kepada game developer

Jika korang ada sebarang soalan mengenai The Walking Dead: The Final Season, saksikan video ini yang menampilkan pelakon suara Clementine, Melissa Hutchison menjawab soalan panas korang.

Ini bermakna episod ketiga berjudul Broken Toys akan hanya tersedia di Epic Games Store (PC) dan konsol lain (PS4, Xbox One dan Nintendo Switch) pada 15 Januari 2019. Selain itu, dua episod musim terakhir The Walking Dead turut dijual semula di stor digital bermula pada tarikh sama.

Sumber: Variety

RELATED NEWS

+