Tiada Yums dan 4Meyz di MPLI

Pasukan Todak kini mengumumkan barisan pemain mereka yang akan bertanding di Kejohanan Jemputan Mobile Legends 2021 (MPLI 2021) yang akan berlangsung pada 2 November ini. 

Mereka akan bersama pasukan Orange Esports dan Team SMG untuk menentang pasukan dari Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Singapura dan Kemboja.

Jika kita lihat pada barisan pemain kali ini, tidak ada Yums dan 4Meyz di dalam pasukan. Menurut Todak, mereka akan direhatkan sebentar supaya fokus mereka boleh dibaik pulih untuk Kejohanan Dunia M3 nanti.

Selain itu, Leixia juga dibawa masuk secara pinjaman dari pasukan RSG MY. Adakah barisan pemain ini akan mendominasi di MPLI nanti?  Nyatakan pendapat anda di ruangan komen yang disediakan.

Foto: Todak MLBB

RELATED NEWS

+