Tiket ke MPLI 2023 kini boleh dibeli!

ONE Esports hari ini melancarkan penjualan tiket untuk Kejohanan Jemputan MPL ONE Esports (MPLI) 2023 yang akan bertempat di Jakarta, Indonesia dari 15 – 19 November ini.

Pada 15 November dan 16 November, Peringkat Kumpulan akan membawa 16 pasukan dari lapan negara untuk bertanding di Playoffs.

Para peminat boleh menonton aksi Peringkat Kumpulan secara dalam talian di banyak siaran penstriman ONE Esports dan MOONTON Games.

Pertandingan ini mempunyai jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak AS$100,000 (RM469 ribu).

Tiket ke Playoffs dan Grand Final boleh dibeli mengikut dua fasa di KiosTix:

  • Pembelian awal: 14 September sehingga 15 Oktober
  • Biasa: 16 Oktober sehingga 19 November

Tiga jenis tiket akan dijual iaitu Mythic, Legend dan Epic dan tiket hanya untuk yang terawal sahaja.

Kategori Mythic memberikan anda kebenaran masuk tiga hari untuk Playoffs dan Grand Final termasuk beberapa barangan eksklusif.

  • Gambar bersama di atas pentas
  • T-shirt edisi terhad MPLI
  • Beg tote MPLI
  • Topi MPLI

Tiket Legend dan Epic pula memberi anda kebenaran masuk satu hari sahaja di mana tiket legend boleh berada di kawasan festival iaitu tempat paling dekat dengan pentas utama.

Kategori Tiket

Pembelian awal (IDR)

Harga biasa (IDR)

Mythic: 3-Day Pass

320,000 (RM98)

400,000 (RM121)

Legend: Daily Pass – Playoffs Day 1

56,000 (RM17)

70,000 (RM21)

Legend: Daily Pass – Playoffs Day 2

56,000(RM17)

70,000 (RM21)

Legend: Daily Pass – Grand Final Day 3

56,000 (RM17)

70,000 (RM21)

Epic: Daily Pass – Playoffs Day 1

40,000 (RM12)

50,000 (RM15)

Epic: Daily Pass – Playoffs Day 2

40,000 (RM12)

50,000(RM15)

Epic: Daily Pass – Grand Final Day 3

40,000 (RM12)

50,000(RM15)

Untuk membeli tiket Playoffs dan Grand Final MPLI 2023 layari laman rasmi KiosTix.

RELATED NEWS

+