Todak mencari jurulatih dan penganalisis baharu

Organisasi e-sukan, Todak mencari jurulatih/penganalisis bagi pasukan Mobile Legends mereka.

Prestasi Todak MLBB di MPL MY musim ketujuh adalah memberangsangkan di tempat kedua namun mereka gagal mencari momentum di Piala Asia Tenggara (MSC) 2021 dengan tempat ketujuh/kelapan.

Mungkin dengan adanya jurulatih dan penganalisis ini boleh membantu mereka memperbaiki kesilapan dalam kejohanan akan datang.

Antara kriteria yang diperlukan adalah seperti di bawah:

Individu itu haruslah:

  • Mempunyai pengalaman meluas dalam MLBB
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan intrapersonal yang baik
  • Mempunyai kefahaman yang baik terhadap industri e-sukan dan sukan, serta liga dan bisnes pasukan profesional.
  • Boleh menginap dan tinggal bersama pemain di Gaming House di Cyberjaya
  • Mempunyai kemahiran menggunakan Microsoft Word, Excel dan Power Points.

Anda boleh menghantar resume atau CV di [email protected]

Foto: Todak

RELATED NEWS

+