Todak muncul juara MPL MY musim ke-9!

Perlawanan Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-9 menyaksikan pasukan Orange Esports menentang pasukan Todak.

Pasukan Orange Esports berjaya ke peringkat ini selepas mereka mengalami kekalahan demi kekalahan di awal minggu peringkat liga.

Perjalanan mereka sangat sukar namun mereka membuktikan mereka adalah pasukan yang sangat konsisten di peringkat playoff.

Jika pasukan Todak berjaya muncul juara pada hari ini, mereka adalah pasukan Malaysia pertama yang memenangi dua piala MPL MY.

Perlawanan pertama memihak kepada pasukan Todak apabila setup yang dibuat oleh Yums dan juga Moon menguasai permainan.

Di perlawanan kedua, pasukan Todak sekali lagi meneruskan kemenangan mereka apabila Moon menggunakan Dawning Light untuk merampas Lord serta menumbangkan Garyy.

Pasukan Orange Esports gagal untuk memenangi perlawanan ketiga apabila pergerakan mereka dihentikan oleh Masha dan juga Xavier yang digunakan oleh Moon.

Pasukan Todak hanya mempunyai baki satu sahaja perlawanan lagi bagi mendapatkan gelaran juara MPL MY musim ke-9.

Orange Esports berjaya bangkit di perlawanan keempat apabila mereka bersabar dan mempertahankan base mereka.

Kesilapan yang dilakukan oleh pasukan Todak di minit akhir permainan menyebabkan mereka belum lagi berjaya mendapatkan piala MPL MY.

Pasukan Todak mengakhiri perlawanan terakhir dengan aksi yang cukup berjaya untuk menjadi juara MPL MY musim ke-9!

Todak dan Orange Esports akan mewakili Malaysia ke Piala Asia Tenggara mlbb (MSC) 2022. 

Todak akan membawa pulang AS$25 ribu (RM108 ribu) dan juga piala MPL MY musim ke-9. Tahniah diucapkan kepada pasukan Todak! Mereka adalah pasukan Malaysia pertama yang menjadi juara dua kali MPL MY.

RELATED NEWS

+