Todak tidak bernasib baik, pasukan SMG lebih cemerlang

Perlawanan terakhir hari pertama menyaksikan pasukan Todak bertemu dengan pasukan SMG. Kedua-dua pasukan ini sangat kuat ketika musim liga berlangsung.

Kedua-dua pasukan berjaya memaksa perlawanan ketiga ketika ini. Pasukan SMG lebih cemerlang di minit awal permainan apabila mereka menggunakan draft Baxia sebagai hyper.

Sasa juga berjaya mendapatkan farming yang cukup untuk membantu pasukan beliau memenangi perlawanan.

Pasukan Todak membalas tindakan agresif dari pasukan SMG dengan mengejar objektif dan melakukan split pushing. 

Walau bagaimanapun, Real World Manipulation dan heal dari Rafaela sangat membantu pasukan SMG untuk memenangi perlawanan.

Selang beberapa minit kemudian, pasukan Todak tidak dapat menahan asakan dari pasukan SMG. Pasukan SMG akhirnya berjaya memenangi perlawanan selepas crystal pasukan Todak dipecahkan pada minit ke-13.

Pasukan SMG akan bertemu dengan pasukan Orange Esports di upper bracket final pada esok. 

 

 

RELATED NEWS

+