Topson dan Ana akan kembali ke arena kompetitif Dota 2?

Menerusi sebuah hantaran video Youtube OG Esports, di dalam sebuah siri podcast yang bertajuk OG’s Monkey Business, Topson menyatakan bahawa terdapat kemungkinan yang dia dengan Ana akan kembali semula ke arena kompetitif Dota 2.

“Saya rasa saya dapat tahu yang dia (Ana) berminat, apabila dia bertanya kepada saya sekiranya saya ingin menubuhkan pasukan atau menyertai pasukan lain,” katanya.

Topson juga mengatakan sekiranya dia menyertai pasukan di rantau Asia Tenggara, dia akan menghadapi beberapa kesukaran.

“Saya tahu jika saya menyertai pasukan di rantau Asia Tenggara, ia akan terdiri daripada saya, Ana, serta beberapa pemain yang lain. Jika saya melihat pemain ini, saya dapat merasakan ia akan menjadi lebih sukar untuk saya mencari pasukan yang sesuai berbanding di Eropah,” katanya.

Berita ini sememangnya memberi harapan kepada semua peminat lineup OG yang lama untuk melihat Topson dan Ana kembali bermain sebagai pemain profesional.

Adakah Ana dan Topson bersama-sama pemain OG yang lama akan kembali bermain dalam satu pasukan yang sama? Sama-sama kita nantikan.

Foto: esportsgg

RELATED NEWS

+